hye semua semua
saya mulakan dengan pantun dua kerat "petang2 makan cekelat bar, anda apa kabar", kuang kuang pantun yang ntah apa2.. tapi takpe, terima kasih otak kerana mencuba menyediakan serangkap pantun *tepuk tangan.
yaaa, saya disini sebenarnya berasa amat busan sekali ya. ini kerana si dia pergi bershisha bersama rakan2 dengan meninggal kan saya dirumah (nama pun dok jauh cmna nak bawak aku) dan ini juga kerana kesemua drama korea yang ada di dalam laptop ini kesemuanya sudah habis ditonton. sekarang hanya memutarkan lagu2 korea yang baru di download kerana demam korea yang tak beransur pulih lagi. cuaca di Merlimau pun begitu sejuk, ala2 seperti musim sejuk yang bersalji di Korea (budjet2) bukan senang ya mahu merasa cuaca sebegini di Merlimau. hanya pada hujung minggu sahaja. pada hari pelajar poly pulang ke kampung halaman. anda harus TAHU itu..
muahaha mesti korang geli kan aku buat ayat skema. suka hati lah belog aku, aku nak tulis cmna pun. korang kena baca jugak walaupun meluat. aku paksa nie.. BACA BACA. ngee act aku dah busan tahap gaban dah nie. tu yang berangan ala2 menetap kat Korea dengan mendengar lagu Korea, berselubung dengan comforter, snowflakes berguguran seperti gugurnya bunga cinta. ouh nyaman kan. tapi aku dah tersedar semua tu hanya angan2 belaka, semata2. frust nieh (sambil tendang2 katil)
kalau ku tahu weekend aku akan sebegini (act dah tahu tapi sedapkan hati buat2 tak tahu), aku balik je KL. mungkin sekarang sedang menonton Kedah vs Kelantan bersama family terchenta, bergurau senda dengan si bobo yang bulat, dan makan makanan masakan si emak yang sedap2 belaka. tapi semua itu hanya khayalan, yang nyata aku berada di 3144 Merlimau. busan busan busan. huwaaa T___T

rindu mak, abah, bobo, alin, kakak
rindu si dia
iskk T___T
akhir kata dari saya, terimalah berangkap rangkap pantun lagi.
"pergi Melaka naik beca, terima kasih kerana membaca",
"aku belajar di Merlimau Melaka, siapa suruh kau baca entry mengarut nie padan muka",
*apa harus aku buat? study? errr
*entry paling mengarut pernah aku tulis
bunga rampai buah rambai,
ReplyDeleteek eleh lu punye pantun x rock la bai..
HAHA!
hahaha tak rock ea? alahhh
ReplyDeletesaja nak berskema2an mlm nie.. muahahaa